Welcome

BuLi PuNyE PaSaL

Jumaat, 27 Ogos 2010

2 'M'

Percayalah pada takdir & karma, Hidup penuh dengan drama,
Jangan sampai menjadi trauma
Apa yang terjadi, ada hikmah disebaliknya.
Mungkin hikmahnya sudah lepas, ataupun sekarang, ataupun akan datang.
Hanya perlu bersabar.

Pada mulanya, semangat seperti ada tidak akan ada,
Dan ketika itu rasa nak mengalir air mata,
Tapi ada suara  hati berbisik,
"Wahai insan, masih ada cahaya!
selam ke dalam hati kamu~"

Kamu adalah lebih daripada apa yang kamu mampu.
Apa yang perlu kamu lakukan hanya perlu BEBAS!
bebaskan diri dari sengsara dengan memaafkan.
Mereka tidak pernah tahu bagaimana rasanya,
Berada di tempat kamu, 
Biarkanlah ia berlalu.

Namun begitu........
Tidak kira apa yang kamu lakukan,
Tidak kira bagaimana kamu berubah.
Mereka masih mahu kamu jatuh.
Biarkan memori itu berlalu pergi.

Hanya perlu...

'M'emaafkan dan 'M'elupakan. -buli-

2 ulasan:

  1. rasa macam lirik lagu yang di'rap'kan
    boleh buat jamming nih~

    BalasPadam
  2. hahahax!
    tp ini asli tau!
    hak cipta terpelihara. -buli-

    BalasPadam