Welcome

BuLi PuNyE PaSaL

Isnin, 29 Mac 2010

Selagi

Selagi aku menulis, selagi itu aku puas.
Orang takkan paham, sebab aku yang menulis.
Bertuah kalau dapat memahami. Sesuatu yang diluar pengetahuan.
Aku cuma pinta sedar dan fahami.
Tak paksa, Kalau tidak mahu tidak apa.
Sebelum ini, hanya isi kosong.
Tapi mungkin kini isinya tersendiri.
Yang pasti ia tidak seperti dulu.
Isi yang di minta untuk memahami dan kenali. Tidak boleh buang masa lagi.
Terlalu banyak sudah dibazirkan. Masa Untuk Dihargai!
Jangan terperuk dan duduk diam! KELUARLAH!
Keluarlah dari tempat yang sempit.
Buka Minda, Buka Akal.
Kenali sesuatu, Mengetahui sesuatu.
Kerana ia perlu. Bukan untuk orang lain, tapi untuk KAMU.
Sampai bila?
Sampai tiba masanya.
Nak tunggu?
Terpulang.
Jangan terlepas, takut tak sempat.
Sebab kita sementara bukan selamanya, kalau dianggap terlalu banyak masa lagi.
Kita silap!
Fikirkan semula. Bukan paksa tapi mengingatkan. Ikut diri. -buli-

New

Baru. Hidup baru, cara baru, benda baru, tidak lupa juga tahun baru 2010.
Permulaan yang hambar kembali tenang, bakal menjadi lebih baik.
Apa yang perlu, MESTI.
Jangan sombong dan malu. BERANI.
Walau apa pun selagi munasabah.
Jangan riak!
Rendah diri tapi bukan Hina diri.
Fikirkan logik dan positif.
Cuba tapi jangan paksa.
Buat jangan cuba-cuba.
Mencari sesuatu yang dicari, tak pasti tapi cuba memahami.
Pernah fikirkan?
Tak! sebab lupa.
Terlalu gembira dan selesa dengan apa yang ada.
Yang pasti manusia tidak pernah puas dengan apa yang dia ada.
MANUSIA~ -buli-

Situasi

Situasi. Bukan lagu mahupun puisi. Sekadar menulis, menjadi isi dalam diri.
Mengapa?
Tiada persoalan.
Apa yang pasti, ia hanya adalah satu situasi.
Situasi yang tak dijangka.Tiada pemahaman atau ilmu.
Saksi. Bukan mengkaji, tetapi melihat.
Tenang, sabar, relax, cool.
Dahsyat dan tak hairan. Normal dan biasa.
Menjadi rutin yang sudah lali.
Alah bisa tegal biasa.
Apa seterusnya?
Hari ini bukan semalam mahupun esok, dan esok takkan jadi seperti hari-hari mendatang.
Keajaiban tiada 6th sense.
Pasti tapi mungkin berkecuali. -buli-

The Answer

Gerimis senja hari ini. Macam-macam gelagat, macam-macam perkara.
Ada gembira, ada sedih, ade marah, ada geram, ada tenang, dan ada yang sulit.
Menarik, cam besh, hebat, cool, dan sucks!.
Aku? hepi go lucky,
Aku menyaksikan, pelbagai ragam, karenah.
Aku perhati, Aku memahami, Aku mengingati, Aku kaji dan pelbagai persoalan timbul.
Jawapan dicari. Dapat? belum pasti.
Pendapat dan pemikiran yang tak sehaluan.
Tunggu dan lihat. Ke penghujungnya aku menanti.
Jawapan yang pasti. Tiada sangsi lagi. YAKINI!! -buli-

Ahad, 14 Mac 2010

Just Do It

Jadilah ape yang korang nak jadi, Buatlah ape yang korang nak buat,
Tak salah, tak larang tapi ingat batasan,
Bukan ape, kita hidup dalam dunia ni bukan sorang,Bermasyarakat.
Tak kiralah korang nak jadi baik ke, jahat ke, sukati.
Buatlah apa yang korang suka.
Kenapa aku suruh korang jadi macamni??
Sebab biar korang kenal dan tahu bagaimana dunia ini sebenarnya.
mungkin kita dah tahu, tapi sebenarnya belum.
PENGALAMAN!
Pengalaman sangat penting, pengalaman mengajar kita.
Memang betul, pengalaman tak dapat membeli ape, takde nilai kalau nak di bandingkan dengan harta benda.
Tapi, pengalaman bukan semua orang ade, Pengalaman semua orang tak sama, Pengalaman ade pelbagai,
Pengalaman jugalah yang membentuk diri kita yang sebenar,
Kalau tak tahu, kalau nak tahu, kalau tahu,
Buatlah, Jadilah, Ikut sukati korang.
Ingat! benda baik ikut sehingga tak mampu, benda jahat tinggal selamanya.
Mencuba tak salah, tapi jangan terpedaya.
Mencuba itu buat, bukan mencuba itu rasa.
Pengalaman bukanlah untuk dibanggakan.
Tapi pengalaman untuk dijadikan pengajaran.
Korang takkan tahu kalau korang tak ambil tahu,
dan Korang takkan faham kalau korang tak memahami.
Hidup ini bukan semudah yang korang sangka.
Kita hanya mampu merancang,
Bukan kita yang menentukan.
Jadi buatlah ape yang korang nak buat.
Keputusan atau Feedback nya belakang cerita.
Baik tak semestinya semuanya baik.
tak semestinya ia berpanjangan.
Begitu juga sebaliknya.
Sebarang atau Segala kejadian itu ada hikmah atau ada sebaliknya.
Mungkin bukan sekarang yang kita terima,
Mungkin akan datang, ataupun mungkin dah lepas.
Jadi Ingat2lah!
Tak semua yang kita inginkan akan dapat,
dan Tak semua yang kita tak inginkan kita takkan dapat.
Oleh yang demikian,
Buatlah apa yang korang nak buat,
Jangan takut, jangan malu, jangan serba salah,
Jadilah apa yang korang nak jadi.
Jangan mengalah, jangan lari, jangan mengelak,
Ikut gerak hati dengan akal fikiran.
Menjadi sesuatu atau apa sahaja tidak bergantung pada orang lain,
Semuanya bergantung pada diri sendiri.
Akhir sekali,
Isilah masa korang dengan apa yang korang nak buat dan bukan ape yang korang tak nak buat,
Asal ianya berbaloi dan ikut batas-batasnya.
selagi nafas masih berhembus,
Jangan disiakan, kerana hidup di dunia ini cuma sekali. -buli-