Welcome

BuLi PuNyE PaSaL

Ahad, 14 Mac 2010

Just Do It

Jadilah ape yang korang nak jadi, Buatlah ape yang korang nak buat,
Tak salah, tak larang tapi ingat batasan,
Bukan ape, kita hidup dalam dunia ni bukan sorang,Bermasyarakat.
Tak kiralah korang nak jadi baik ke, jahat ke, sukati.
Buatlah apa yang korang suka.
Kenapa aku suruh korang jadi macamni??
Sebab biar korang kenal dan tahu bagaimana dunia ini sebenarnya.
mungkin kita dah tahu, tapi sebenarnya belum.
PENGALAMAN!
Pengalaman sangat penting, pengalaman mengajar kita.
Memang betul, pengalaman tak dapat membeli ape, takde nilai kalau nak di bandingkan dengan harta benda.
Tapi, pengalaman bukan semua orang ade, Pengalaman semua orang tak sama, Pengalaman ade pelbagai,
Pengalaman jugalah yang membentuk diri kita yang sebenar,
Kalau tak tahu, kalau nak tahu, kalau tahu,
Buatlah, Jadilah, Ikut sukati korang.
Ingat! benda baik ikut sehingga tak mampu, benda jahat tinggal selamanya.
Mencuba tak salah, tapi jangan terpedaya.
Mencuba itu buat, bukan mencuba itu rasa.
Pengalaman bukanlah untuk dibanggakan.
Tapi pengalaman untuk dijadikan pengajaran.
Korang takkan tahu kalau korang tak ambil tahu,
dan Korang takkan faham kalau korang tak memahami.
Hidup ini bukan semudah yang korang sangka.
Kita hanya mampu merancang,
Bukan kita yang menentukan.
Jadi buatlah ape yang korang nak buat.
Keputusan atau Feedback nya belakang cerita.
Baik tak semestinya semuanya baik.
tak semestinya ia berpanjangan.
Begitu juga sebaliknya.
Sebarang atau Segala kejadian itu ada hikmah atau ada sebaliknya.
Mungkin bukan sekarang yang kita terima,
Mungkin akan datang, ataupun mungkin dah lepas.
Jadi Ingat2lah!
Tak semua yang kita inginkan akan dapat,
dan Tak semua yang kita tak inginkan kita takkan dapat.
Oleh yang demikian,
Buatlah apa yang korang nak buat,
Jangan takut, jangan malu, jangan serba salah,
Jadilah apa yang korang nak jadi.
Jangan mengalah, jangan lari, jangan mengelak,
Ikut gerak hati dengan akal fikiran.
Menjadi sesuatu atau apa sahaja tidak bergantung pada orang lain,
Semuanya bergantung pada diri sendiri.
Akhir sekali,
Isilah masa korang dengan apa yang korang nak buat dan bukan ape yang korang tak nak buat,
Asal ianya berbaloi dan ikut batas-batasnya.
selagi nafas masih berhembus,
Jangan disiakan, kerana hidup di dunia ini cuma sekali. -buli-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan